ApA yANg AdA DaLaM Rabiul Awal~


Assalamua'laikum pembaca2 sekalian.. di sini ade info mngenai antara peristiwa2 penting yg berlaku dalam bulan yg mulia ini Bulan Rabiul Awal... walau pun x berapa byk tp ini sekadar memperingai antara satu sama laen... sama2 kite mengambil iktibar dari peristiwa2 berikut:-
  • Dalam bulan inilah lahirnya junjungan besar kita,xlaen xbkn Nabi Muhammad s.a.w yakni pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M  Ini fakta,di mana setiap tahun dalam Bulan Rabiul Awwal yakni pada 12 Rabiul Awwal,setiap ummat Islam pasti akan menyambut ulang tahun kelahiran nabi Allah Muhammad s.a.w.
  • Dalam bulan Rabiulawal inilah Nabi saw dilantik menjadi Rasul. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
  • Dalam Bulan Rabiul Awwal,tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah. Pada 8 Rabiul Awwal bersamaan hari Isnin, Rasulullah s.a.w tiba di Quba'.  Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan seterusnya,di situlah Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama. 
  • Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan. 
  • Kewafatan Nabi Muhammad Rasulullah saw juga dalam Bulan Rabiul Awwal. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
  • Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
  • Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
  • Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H. 
  • Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut. 

Masjid Haiga Sophia di Sepanyol yang yang dulunya sebuah rumah Allah kini telah ditukar menjadi muzium.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...