Sudah sediakah aku...



Assalamua'laikum, secara sedar atau tidak sesetengah orang muslim sudah semakin jauh dari tujuan sebenar kehidupan ini yakni mengabdikan diri kepada Tuhan yang satu Allah S.W.T. Jarang sekali mereka memikirkan tentang bekalan untuk dibawa ke Hari Perhitungan nanti. Sudah cukupkah amalanku? Sudah sediakah aku? "aaaah, aku sudah menjaga solatku, puasaku, amalanku, cukuplah", Secara sengaja atau tidak, itulah yang terlintas di fikiran mereka. Astagfirullahala'zim. Apa yang menjana pemikiran seperti ini? Namun pun begitu hati tetap akan merasakan ada sesuatu yang tidak lengkap. Tapi apa? "aku sudah tahu solat, sudah tahu membaca al-Quran, mahu apa lagi?", Akhirnya mereka akan sedar, adakah mereka mengetahui apa sebenarnya yang mereka lakukan selama ini, adakah mereka betul-betul menghayati setiap bacaan di dalam solat? Adakah mereka mengetahui setiap makna yang mereka baca di dalam al-Quran? "Tidak!" Mereka tidak lain tidak bukan hanyalah seperti  kuda yang hanya menurut kehendak penunggangnya tanpa memikirkan akan tujuan sebenar perbuatan itu. Wahai orang muslim semua, ajal maut datang tidak kira umur, masa dan ketika. Segalanya telah ditetapkan. Oleh itu, sama-samalah kita berusaha untuk mengumpul seberapa banyak amalan untuk dibawa ke hari Akhirat nanti sebelum suratan ilahi memisahkan roh kita dari jasadnya. Ini bukan hanya untuk mereka yang dinyatakan sahaja, tetapi untuk diri ana yang pertama sekali. Moga-moga kita dapat meningkatkan kekuatan iman kita kepada Allah S.W.T.

Muhammad Syazwan
28 Ogos 1991 ~ 24 Jun 2011 
~Kau Sahabat Kau Teman~

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak Yang Esa

Ya Allah, tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang Kau janjikan nikmat untuk hamba-Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Kau sahabatku kau teman sejati

Muhammad Syazwan. Pemergian antum memberikan impak yang tersangat besar kepada ana dan rakan-rakan. Walau pun begitu, yang lebih merasakan kehilangan antum adalah ibu antum yang sangat mencintai antum. Pemergian antum menyedarkan kami akan setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Semoga roh antum di tempatkan bersama orang-orang yang soleh dan beriman. InsyaAllah kita akan bertemu lagi di alam yang lain kerana sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti akan mati. ~Al-fatihah~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...